24 Jun 2022 (Jumaat), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menerima lawatan daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Melaka bagi Penilaian Kesihatan Persekitaran Tahun 2022. Pihak PKD Jasin diwakili Pegawai-pegawai Kesihatan Persekitaran, Pn. Zuraiyah binti Kasah, Pn. Farah Nur Hazwani Dan En. Mohd Aznan Shah bin Md. Darus dan (07) lagi pegawai kesihatan telah dibawa untuk membuat (5) skop penilaian kesihatan persekitaran di Bengkel Dapur, Kantin Kakitangan, Blok Penempatan, Persekitaran Luar dan Persekitaran Dalam dan pemeriksaan mendapati persekitaran institusi ini berada dalam keadaan yang baik tanpa permasalahan yang ketara. Penilaian Kesihatan Persekitaran dari Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan PKD, Jasin juga mendapati Bengkel Dapur dan Kantin Kakitangan institusi berada dalam keadaan yang sangat baik dan sekali lagi dianugerahkan Gred A dengan markah 94.25% bagi Gred Kebersihan Premis Makanan untuk kedua-duanya.