22 Jun 2022 (Rabu) – Bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah diadakan Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Sarawak diantara YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa dan YDH TKP Mohamad Andri bin Md. Ridzwan. Majlis telah disaksikan oleh YBrs. Abd. Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Jabatan Penjara Malaysia.
Turut hadir PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Institusi dan Kakitangan Penjara Sarawak.