21 Jun 2022 (Selasa) 11.00 Pagi | Bertempat di Dobi Layan Diri Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (Kopenmart 8) telah diadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Dobi Layan Diri yang disempurnakan oleh TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Penjara Negeri Johor merangkap pengerusi Kopen Berhad. Majlis turut dihadiri oleh TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor, PP Mohd Rehan Bin Hj Khamis, Penguasa Penjara Simpang Renggam Johor, dan Puan Rafeah Binti Naaman, Pengurus Besar Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad.
Pegawai dan kakitangan mula mengambil tempat pada majlis tersebut pada jam 10.45 pagi. Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor tiba pada jam 10.55 minit pagi disusuli dengan ketibaan Pengarah Penjara Negeri Johor. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis, kemudian diteruskan dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nazimuddin Bin Ismail, Pegawai Agama Islam Penjara Simpang Renggam Johor. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Johor. Pengarah Penjara Negeri Johor bersama Pengarah Penjara Simpang Renggam kemudiannya melakukan lawatan ringkas di sekitar dobi tersebut. Majlis selesai pada jam 11.30 pagi.