| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Pengurusan Penjara Negeri Sembilan Ke Atas YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Pada 14 Jun 2022 (Selasa), PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan bersama PKP Sharil bin Basir, Pengarah Penjara Seremban, PKP Hasrul Anwar, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan PP Shahrul Nizam bin Husain, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan telah membuat kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bertempat di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Kunjungan ini bagi membincangkan beberapa isu semasa yang berkaitan pengurusan pengoperasian Penjara Negeri Sembilan. Hasil daripada kunjungan hormat ini, maklumbalas positif diterima Kerajaan Negeri Sembilan melalui agensi-agensi kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan Penjara Negeri Sembilan dalam memastikan banduan yang tamat tempoh tahanan cukup terlatih dan mampu menjadi aset kepada majikan dan Negara.