| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Pengurusan Penjara Negeri Sembilan Ke Atas YBhg Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban

Pada 15 Jun 2022 (Rabu), PKP Sharil bin Basir, Pengarah Penjara Seremban, Negeri Sembilan telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban bertempat di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MSB, Seremban, Negeri Sembilan.

Kunjungan ini bagi membincangkan beberapa isu semasa yang berkaitan pengurusan pengoperasian Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Hasil daripada kunjungan hormat ini, maklumbalas positif diterima Majlis Bandaraya Seremban akan sentiasa bekerjasama dengan Penjara Seremban dalam bersama-sama membantu program pemulihan banduan.

Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Encik Alias bin Mansor Ketua unit komunikasi Majlis Bandaraya Seremban.