| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemantapan Integriti Peringkat Penjara Penor (Slot Pagi)

Pada 13 Jun 2022 jam 10.00 pagi, Penjara Penor telah mengadakan Program Pemantapan Integriti yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Amri bin Haji Ismail atau dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat yang bertajuk Integriti Cerminan Iman dan Keperibadian. Turut hadir dalam Program Integriti ini adalah Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi dan Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Penjara Negeri Pahang, PKK Charint Promwinchit. Institusi ini menjemput Ketua Unit Integriti, PKK Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar untuk bersama-sama dalam program ini. Program ini dihadiri seramai 200 orang terdiri daripada kakitangan Penjara Penor, Penjara Bentong, Pejabat Penjara Negeri Pahang, Pejabat Parol Daerah dan PERSIAP. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam dan Adat Rasmi Negeri Pahang (MUIP) dan Persatuan Isteri dan Anak-Anak Penjara (PERSIAP) Penjara Penor.