| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pra Akrab Tahap I, Tahap Ii Bagi Pegawai Dan Anggota Pejabat Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Penjara Malaysia 2022

Pejabat Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPN Selangor & WPKL), Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah menganjurkan Kursus Pra AKRAB Tahap I, Tahap II kepada pegawai dan anggota yang berjumlah 44 orang peserta yang terdiri daripada Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Pusat Koreksional Puncak Alam, Penjara Sungai Buloh, Maktab Penjara Malaysia dan PPN Selangor & WPKL. Kursus ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Bin Hj. Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL. Peserta yang hadir ini telah lulus penilaian AKRAB dengan jayanya.

Kursus Pra AKRAB Tahap I telah dilaksanakan pada 23-25 Mei 2022 (Isnin-Rabu) di Bilik Nukleus IPPM Bukit Wira. Manakala Kursus Pra AKRAB Tahap II pula telah dilaksanakan pada 30/31 Mei-1 Jun 2022 (Isnin-Rabu) di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor, Perak. Penceramah yang terlibat memberi input psikologi terdiri daripada pegawai psikologi di JPM iaitu, Penjara Kajang: Tuan Abd Haris Bin Mohd Darudin, Puan Shamsinar Binti Ahmad Basir, Tuan Muhammad Zulhusni Bin Amirulmominin. Penjara Sungai Buloh: Tuan Muhammad Faizal Fadly Bin Saari. Pusat Koreksional Puncak Alam: Tuan Lukman Bin Mohd Yusop. Urusetia pula yang bertungkus lumus menjayakan Program CSR ini ialah Puan KIP Norzila Binti Bohari dan team PPN Selangor & WPKL.

Objektif program ini adalah bagi mewujudkan satu kaedah pengurusan yang bersepadu dan tersusun kepada pegawai yang memerlukan bantuan dan bimbingan. Selain itu, mengenal pasti permasalahan di peringkat awal, memantau keupayaan kendiri dan membantu pegawai menanganinya. Seterusnya, membantu pegawai mempertingkatkan kemampuan diri agar pegawai boleh memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi.