| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Corporate Social Responsibility (Csr) Bagi Pegawai Dan Anggota Pejabat Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Penjara Malaysia 2022

Pejabat Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPN Selangor & WPKL), Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah menganjurkan Program CSR kepada pegawai dan anggota yang berjumlah 44 orang peserta yang terdiri daripada Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Pusat Koreksional Puncak Alam, Penjara Sungai Buloh, Maktab Penjara Malaysia dan PPN Selangor & WPKL. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Bin Hj. Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL.

Program CSR ini diadakan pada 31 Mei 2022 (Selasa), 4.30 petang di persisiran pantai Pulau Pangkor, Perak. Fasilitator yang terdiri daripada pegawai psikologi di JPM iaitu, Penjara Kajang: Tuan Abd Haris Bin Mohd Darudin dan Tuan Muhammad Zulhusni Bin Amirulmominin. Penjara Sungai Buloh: Tuan Muhammad Faizal Fadly Bin Saari. Pusat Koreksional Puncak Alam: Tuan Lukman Bin Mohd Yusop. Manakala urusetia yang bertungkus lumus menjayakan Program CSR ini ialah Puan KIP Norzila Binti Bohari dan team PPN Selangor & WPKL.

Rombongan daripada Zon Tengah ini menjalankan Program CSR bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan menghargai alam sekitar. Oleh itu, urusetia telah membahagikan kepada 7 kumpulan kecil dan diketuai oleh ketua kumpulan yang telah dilantik. Kumpulan-kumpulan ini telah diarahkan untuk melakukan pembersihan pantai secara berkumpulan dan menyuluruh di kawasan persisiran pantai. Di samping itu, fasilitator juga turut serta bersama dan menjalankan aktiviti seperti soal jawab berkaitan dengan psikologi dan kaunseling bagi mengukuhkan pemahaman peserta.