Pada 13 Jun 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Persidangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diadakan kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA Malaysia bersama Encik Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Khairol Faizal bin Rosli, Pengarah Bahagian Latihan dan Encik Mohamad Razib bin Buhaini, Pengarah Bahagian Operasi. Turut hadir bersama sewaktu kunjungan ini adalah pengurusan tertinggi Jabatan Penjara Malaysia. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi membincangkan bentuk kerjasama dan latihan yang boleh diadakan diantara kedua-dua jabatan.