Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun telah dadakan pada 10 Jun 2022 (Jumaat) bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. Jabatan Penjara Malaysia turut menerima undangan bagi menghadiri istiadat tersebut dan telah dihadiri oleh KJP Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan.