| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS)

Pada 7 Jun 2022 (Selasa) jam 10.30 pagi bertempat di Dataran Pentas Muzium Penjara Malaysia, telah berlangsung Majlis Perasmian Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka Tengah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh YB. Dr. Muhamad Akmal Bin Saleh, Exco Kesihatan & Anti Dadah Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh Datuk Akramuddin Bin Hj Abdul Aziz, Pengerusi JKPD AADK Melaka Tengah dan Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Melaka Tengah, TKP Roslan Bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Tuan Wan Madihi Bin Hj Wan Salleh, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka, PP Mohd Saifullah Bin Md Akhir, Pengarah Muzium Penjara Malaysia, Wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Pegawai daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka Tengah, Pegawai dan pengiring dari Asrama Akhlak dan Sekolah Tunas Bakti.

Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) merupakan program kesedaran kepada pelajar Asrama Akhlak dan Sekolah Tunas Bakti. Seramai 15 orang pelajar dari Asrama Akhlak dan 22 orang Pelajar dari Sekolah Tunas Bakti yang terlibat dalam program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membendung penglibatan para pelajar terhadap penyalahgunaan dadah disamping melaksanakan hasrat Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama membendung masalah sosial dikalangan para pelajar. Program ini dimulakan dengan mengadakan simulasi di dalam penjara, taklimat hukuman sebatan rotan, taklimat pelaksanaan hukuman mati dan diakhiri dengan majlis perasmian.