09 Jun 2022 (Khamis) - Hari ini berlangsung Majlis Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Penjara Tawau. Dalam majlis ini seramai 15 orang banduan terpilih dan melibatkan 45 orang ahli keluarga. Program ini memberi peluang kepada para banduan yang terpilih bertemu dengan ahli keluarga masing masing secara bersemuka.
Semoga Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan mendidik nilai-nilai murni dikalangan penghuni. Majlis telah disempurnakan oleh TPP Shamsul Zuraimi Bin Mat Shah, Ketua Seksyen Pemulihan dan Pendidikan mewakili PKK Abd Rauf Bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Tawau.