31 Mei 2022 (Selasa), Program Mobile Recovery Treatment (MRT) Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) bersama Orang DiSelia (ODS) telah diadakan di Dewan Makan, Blok Damai Pusat Koreksional Jasin, Melaka yang disertai seramai (48) ODS. Program dikendalikan oleh (3) Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) diketua oleh Puan Lailiana binti Maon, Encik Feroz Faizal bin Mokhtar dan Puan Norzafian binti Anuar. Kumpulan MRT AADK telah menjalankan sesi bersama ODS bertujuan membantu mengekalkan kepulihan terutama penagihan dan penyalahgunaan dadah. Program berakhir pada jam 1215 tengahari.