| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Kajang

Pada 24 Mei 2022, Program Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Kajang telah diadakan melibatkan 45 orang penghuni beserta 156 orang ahli keluarga penghuni. Program ini telah diadakan di Dataran Perhimpunan Pagi Penjara Kajang bermula dengan pendaftaran ahli / waris penghuni pada jam 7.30 pagi. Majlis dihadiri Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Ketua Bahagian Keselamatan Dan Inteligen Penjara Kajang bersama pegawai kanan, warga kerja beserta wakil dari Pertubuhan Kebajikan An-Nidaa’ Malaysia. Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat memberi peluang kepada penghuni untuk merasai suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri disamping mengeratkan hubungan dan kekeluargaan yang telah sedia terjalin.