| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Tawau Tahun 2022

27 Mei 2022 (Jumaat), Institusi Penjara Tawau telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kakitangan Penjara Tawau, Sabah. Majlis ini telah diadakan di Dewan Wawasan, Taman Ehsan, Penjara Tawau bermula jam 7.30 malam dan disempurnakan oleh PKK Abd Rauf Bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Tawau.

Pelbagai pengisian telah disusun atur bermula dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengarah, persembahan oleh Kumpulan Kugiran Penjara Tawau, Karaoke, pertandingan gerai terbaik, pakaian sedondon, cabutan bertuah & pemberian duit raya kepada anak-anak. Selain itu, pelbagai jenis hidangan makan malam telah disediakan.

Antara yang hadir memeriahkan majlis termasuklah Puan Syimsyiah Binti Ibno Hashim, Pengerusi PERSIAP Penjara Tawau PP Supian Bin Kamarudin, Timbalan Pengarah Penjara Tawau bersama isteri serta seluruh lapisan pegawai & keluarga.

Sebanyak 250 hadiah cabutan bertuah telah disediakan dengan pelbagai jenis barangan termasuk sebuah MOTORSIKAL sebagai hadiah utama. Pemberian duit Raya kepada anak-anak adalah acara kemuncak dan saat yang dinanti-nantikan oleh anak anak kakitangan. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah & kehadiran yang ramai.