Pada 26 Mei 2022(Khamis), Unit Pemulihan Penjara Seremban telah mengadakan Program Jalinan Kasih peringkat Penghuni sempena perayaan Hari Raya bagi tahun 2022 di Dewan Wawasan Penjara Seremban.
Program tersebut telah bermula pada jam 09.00 pagi dan dirasmikan oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh,Timbalan Pengarah Penjara Seremban. Turut hadir pada program tersebut iaitu TPP Mohd Hafiz Bin Abd Latiff, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Seremban, pegawai dan anggota daripada Unit Pemulihan Penjara Seremban serta Wakil NGO dan wakil media. Program ini telah melibatkan seramai 18 orang banduan dan 65 orang ahli keluarga banduan.
Objektif program ini adalah bagi memberi peluang kepada penghuni untuk berjumpa secara bersemuka dan dapat mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga sempena Perayaan Hari Raya. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan busking dari penghuni dan sumbangan kepada wakil keluarga banduan daripada NGO. Program selesai pada jam 1130 pagi dan diakhiri dengan sesi bergambar.