Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Wanita Kajang telah dirasmikan oleh PKP Zalina binti Mohd Yunus, Pengarah PWK. Turut hadir TKP Mohd Andri bin Md. Ridzuan, Pengarah Penjara Kajang, PKK Suhaizak bin Ab. Wahab, Ketua Unit Perundangan IPPM serta PP Abdul Ghani bin Md Isa wakil Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan KL.
Antara pengisian program adalah pertandingan karaoke di antara platun, meneka kacang, getah dan syiling emas. Johan pertandingan dimenangi oleh platun 3, naib johan dimenangi oleh platun 2 dan tempat ketiga dimenangi oleh platun 1.
Majlis bermula jam 11 pagi dan selesai jam 3 petang.Sambutan ini berjalan penuh meriah dengan kehadiran semua kakitangan pelbagai lapisan.