19 Mei 2022 (Khamis) 08.30 malam | Bertempat di Hotel Merdeka, Kluang telah diadakan Majlis Malam Sulaman Kasih, Junjungan Budi Perpisahan Pegawai Kanan Penjara Simpang Renggam, Johor. Majlis yang meraikan Pegawai Kanan bersara dan berpindah ini dihadiri oleh TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor, PKP Hasrul Anwar Bin Hasim, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor yang juga merupakan antara pegawai yang diraikan pada malam itu. Majlis dihadiri kira-kira 80 orang pegawai dan kakitangan itu dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zaiddie Bin Ahmad, Pegawai Agama Islam Penjara Simpang Renggam. Kemudian, majlis disusuli dengan jamuan makan malam dengan diiringi beberapa persembahan nyanyian yang disampaikan oleh kakitangan Penjara Simpang Renggam. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pegawai yang berpindah dan bersara sebelum diteruskan lagi dengan ucapan TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor. Seusai ucapan, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati sumbangan Kelab Pegawai Kanan Penjara Simpang Renggam, Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Simpang Renggam dan PERSIAP Penjara Simpang Renggam kepada pegawai-pegawai dan isteri-isteri yang diraikan. Majlis kemudiannya berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis selesai pada jam 10.00 malam.