| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tautan Kasih Sempena Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Johor Di Penjara Simpang Renggam

22 Mei 2022 (Ahad) 0800 Pagi | Bertempat di Wisma Setia, Penjara Simpang Renggam telah diadakan Program Tautan Kasih bersempena Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Johor. Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Barisan Kaunselor Negeri Johor dengan kerjasama Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara Simpang Renggam ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Penjara Simpang Renggam berkenaan penyakit HIV, meningkatkan kualiti penjagaan banduan dan tahanan dalam aspek rawatan HIV dan penyakit berjangkit lain serta mengurangkan stigma terhadap pesakit HIV dikalangan banduan dan tahanan. Program ini disertai oleh (29) orang kakitangan Penjara Simpang Renggam yang terdiri daripada (3) orang pegawai kanan, (11) orang lain-lain pangkat, (7) anggota wanita, (4) anggota UKP dan (4) orang kakitangan awam. Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah kesedaran berkaitan HIV, Hepatitis C dan penyakit kelamin, sesi kerja berkumpulan dan pembentangan sebelum diakhiri dengan saringan HIV dan Hepatitis C dikalangan kakitangan. Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Penguasa Penjara Simpang Renggam, PP Mohd Rehan Bin Hj Khamis.