26 Mei 2022 (Khamis) 08.30 malam | Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Penjara Simpang Renggam. Majlis turut dihadiri oleh TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Simpang Renggam Johor, ketua-ketua institusi Penjara Negeri Johor, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, jemputan daripada Lembaga Hakim Pelawat, Jemputan agensi-agensi luar, jemputan syarikat-syarikat usahasama, kakitangan Penjara Simpang Renggam berserta keluarga. Aturcara majlis dimulakan dengan ketibaan Pengarah Penjara Negeri Johor, kemudian para jemputan VIP dibawa melawat ke gerai-gerai hidangan menu dimana gerai-gerai tersebut terdiri daripada wakil desa-desa blok kuarters di Penjara Simpang Renggam. Kemudian, aturcara majlis beralih ke acara dalam dewan dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah Penjara Simpang Renggam sebelum menjemput para tetamu jemputan dan para hadirin untuk menjamu selera dengan diselangi persembahan daripada kugiran band Penjara Simpang Renggam ‘The Prison Stone’ dan persembahan karaoke. Majlis kemudiannya diteruskan dengan cabutan nombor bertuah dan penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi gerai terbaik. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.