Pada 20 Mei 2022, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Penjara Penor Tahun 2022 M/1443 Hijrah telah dihadiri seramai 800 orang ahli keluarga termasuk para jemputan. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan bin Sharif dan isteri, Ahli Undangan Negeri Inderapura, Kuantan, YH Dato’ Sri Haji Ab. Hamid Mohd Nazahar, YH TKP Dato’ Abu Hasan bin Hussain dan isteri, Pengarah Penjara Negeri Pahang, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi dan isteri, Ketua-ketua Jabatan, Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) serta kakitangan dan ahli keluarga Penjara Penor & Pejabat Penjara Negeri Pahang.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Fakhruddin bin Mohd Arif, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. Selain meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia dalam suasana muhibah, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pemimpin dengan warga Penjara serta komuniti setempat.