Pada 26/05/2022 (Khamis) bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Kakitangan Penjara Seremban Negeri Sembilan. Majlis yang dianjurkan melibatkan seluruh warga Kakitangan dan keluarga Penjara Seremban Negeri Sembilan.
Majlis ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim diantara kakitangan, keluarga dan pihak pengurusan. Majlis juga turut dihadiri oleh PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Bhg. Pembangunan Profesionalisme IPPM, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, wakil daripada PRP Mantin, wakil EXPOAM Negeri Sembilan serta jemputan anak-anak yatim.
Majlis juga diserikan dengan persembahan nyanyian lagu raya daripada kakitangan Penjara Seremban, sumbangan kepada rumah anak yatim dan penyampaian Sumbangan Duit Raya kepada anak-anak kakitangan yang hadir oleh Pengarah Penjara Seremban dan isteri serta cabutan bertuah.
Majlis dihadiri oleh lebih kurang 400 orang kakitangan dan keluarga. Majlis berakhir jam 10.30 malam.