Pada 25 Mei 2022, bertempat di perkarangan Kuarters Blok Bunga Raya telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Reman Pulau Pinang. Antara tetamu jemputan dalam majlis tersebut ialah PKK Khairil Nizam Bin Anuar, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pengerusi Hakim Pelawat, JKM Pulau Pinang, APM, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Mahkamah Pulau Pinang, EXPOM dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa acara telah dijalankan dalam majlis tersebut ialah cabutan bertuah, hiasan gerai dan lain-lain.