18 Mei 2022 bertempat di Perkarangan Lobi Wisma Persekutuan MITC Negeri Melaka telah diadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Wisma Persekutuan MITC Negeri Melaka yang dikelolakan oleh Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka. Majlis ini telah dihadiri lebih kurang 800 penjawat awam, Ketua-Ketua Jabatan iaitu Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Biro Pengaduan Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT), Jabatan Perangkaan, Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Melaka dan Ambang Wira Sdn Bhd. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Y.B. Datuk Wira Ibrahim Durum Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diiringi oleh TKP Roslan bin Hj Mohamed Pengarah Penjara Negeri Melaka. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak di Taska Genius Perpaduan Wisma Persekutuan serta persembahan Buskers oleh kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.