Pada 19 Mei 2022 (Khamis) Unit Pemulihan dan Pendidikan, Pusat Koreksional Perlis telah menganjurkan Program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni tahun 2022. Program tersebut telah diadakan di Dewan Aktiviti Banduan Institusi ini melibatkan seramai 25 orang banduan dan keluarga.
Program telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Perlis PKP Navinderjit Singh A/L Savinder Singh, dan dihadiri oleh TPP Muhammad Hazmi bin Abu Hassan ,TPP Mohd Hilmee bin Zainal serta wakil dari Unit-unit lain. Objektif program ini adalah merapatkan hubungan dan kemesraan antara penghuni dan keluarga yang terpisah sepanjang penghuni menjalani hukuman dan merasai suasana perayaan Aidilfitri.