18 Mei 2022 (Rabu) - Hari ini Bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Tawau PKK Abd Rauf Bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Tawau telah menerima satu Kunjungan Kerja daripada Jabatan Imigresen Tawau yang diketuai oleh PPI Stephen Marcus, Ketua Imigresen Tawau bersama KTPP Hasmayati Binti Massa, Ketua Bah. Penguatkuasa, KTPP Melissa Suriani, Komandan Depot Imigresen dan beberapa orang pegawai lain lain pangkat.
Turut hadir di Majlis ini ialah PP Supian Bin Kamarudin, Timbalan Pengarah Penjara Tawau,
TPP Shamsul Zuraimi Bin Mat Shah,
TPP Walter Blasius dan beberapa Pegawai Kanan yang mewakili bahagian/unit yang berkaitan.
Antara pengisian di majlis tersebut adalah berkaitan dengan penambahbaikan isu-isu semasa dalam urusan kerja.
Didalam ucapan Pengarah Penjara Tawau PKK Abd Rauf Bin Lang Pasih antara lainnya mengharapkan agar sentiasa mewujudkan sikap Toleransi dan hubungan kerjasama yang padu serta lebih rasa bertanggungjawab bukan sahaja kepada Jabatan malah lebih kepada kepentingan Negara. Semoga jalinan hubungan akan terus harmoni dan berkekalan.
Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Lawatan, Penyerahan Cendera Kenangan dan menikmati jamuan ringan.