13 Mei 2022 (Jumaat), telah diadakan Program Walkabout Penuaian Kubis Tanah Rendah di Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1, YBhg Dato' Dr Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI Malaysia disambut oleh TKP Roslan Bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKP Mohd Idlan Bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka. Turut serta menyertai program adalah Pengarah-Pengarah Jabatan dalam Negeri Melaka dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Program dimulakan dengan melawat Tapak Tanaman Nanas MD2 dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Tapak Tanaman Ubi Keledek dibawah kerjasama MARDI Melaka, Tapak Ternakan Ikan Air Tawar (Talapia Merah) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Melaka serta acara kemuncak upacara menuai sayur kubis tanah rendah di Tapak Tanaman Kubis dengan kerjasama MARDI Melaka yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1 serta para tetamu.
Program seterusnya menandatangani perjanjian Kolaborasi Strategik diantara En. Nik Adli Bin Nik Muhammad, Pengarah Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Negeri Melaka dan PKP Mohd Idlan Bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka disaksikan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1. Program diakhiri dengan menandatangani Buku Pelawat oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1.