09 Mei 2022 (Isnin) bertempat di Dewan Melati Penjara Seremban telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Seremban diantara Penolong Komisioner Penjara Ahmad Mustaqim bin Che Bisi dan Penolong Komisioner Penjara Sharil bin Basir selaku Pengarah Penjara Seremban yang baru. Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Penolong Kanan Komisioner Abd Rahman Bin Taib selaku Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Komandan Pusat Reintegerasi Penghuni Mantin dan barisan Pegawai-Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat serta kakitangan awam Penjara Seremban. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, menandatangani dokumen Serah Terima Tugas dan peyerahan Tongkat Kuasa serta ucapan oleh PKK Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan serta PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi selaku mantan Pengarah Penjara Seremban dan juga ucapan oleh PKP Sharil bin Basir Pengarah Penjara Seremban yang baharu.