Pada 26 April 2022, Penjara Penor telah menyertai Program Singgah Sahur Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama Penghuni Tahfiz Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan secara atas talian. Program ini telah melibatkan seramai 30 orang penghuni Tahfiz Baitul Hikmah Penjara Penor.
Program dihadiri oleh TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain Pengarah Penjara Bentong,Yang Menjalankan Tugas Pengarah Penjara Negeri Pahang, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi,Pengarah Penjara Penor dan PP Mohd Faizal bin Jidin,Timbalan Pengarah Penjara Penor.
Turut hadir ke program tersebut ialah ,Ustaz Sayuti bin Osman,Pengerusi Masjid Fatimah Az-Zahra Indera Sempurna,Ustaz Mohamad Hazmi bin Dibok,Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Pahang dan Ustaz Dr Moh Amirul Mukmin bin Abdullah,Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Pahang.