| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Sempena Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka

25 Mei 2022 bersamaan 23 Ramadan 1443H (Isnin), bertempat di surau Al-Hidayah, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni bagi tahun 1443H/2022M. Program pada kali ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YB Datuk Khaidira binti Abu Zahar, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rim merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, bersama TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PP Mohd Marzuki bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka.

Aturcara program dimulakan dengan Solat Asar secara berjemaah dan diteruskan dengan mengkhatamkan Al-Quran beserta bacaan Doa Khatam Al-Quran. Seramai (40) Orang DiSelia (ODS) telah mengikuti Program Tadarus Dan Khatam Al-Quran pada kali ini. Program diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Roslan bin Hj Mohamed dan ucapan perasmian oleh YB Datuk Khaidira binti Abu Zahar. YB Datuk Khaidira binti Abu Zahar juga berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada peserta tadarus sebagai motivasi dan rangsangan kepada mereka.

Objektif utama program ini adalah untuk membina imej, sahsiah keperibadian serta contoh modal insan yang terbaik dikalangan penghuni seterusnya melahirkan penghuni yang boleh menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama apabila dibebaskan kelak. Program sebegini dapat memberi galakan agar penghuni sentiasa berdisiplin dan berkelakuan baik semasa berada didalam mahupun diluar penjara kelak.