Pada 27/04/2022 (Rabu) lebih kurang jam 6.30 petang, Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang telah menganjurkan Program Intervensi Kerohanian “Iftar Ramadhan” tahun 2022 melibatkan kakitangan, Orang Diselia dan Komuniti Setempat. Objektif program adalah untuk menyantuni warga komuniti setempat disamping dapat menguar-uarkan khidmat program Reintegrasi dalam masyarakat. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Dato’ Mohd Sakeri bin Hj Dollah (Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur), Penguasa Penjara Muhammad Syafiq bin Hj Mohd Sarif (Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang), Pengarah-pengarah Institusi, Pegawai-pegawai Parol Daerah dan Ketua-ketua Kampung.