27 April 2022 (Rabu) – telah Berlangsung Majlis Dialog Bulanan bil 2/2022 Pusat Koreksional Puncak Alam yang dipengerusikan oleh PKP Wan Rosli bin Dollah., Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam bertempat di Perkarangan Logistik, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan tuan pengerusi serta bacaan memo daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis penyampaian sumbangan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pusat Koreksional Puncak Alam turut diadakan sempena Sambutan dan persiapan Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal dirayakan pada 1 Syawal nanti.