Program Singgah Sahur Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Peringkat Penjara Kajang 1443H / 2022M telah diadakan pada hari Selasa, 26 April 2022 bermula jam 4.00 pagi. Penjara Kajang telah dipilih mewakili Penjara Negeri Selangor untuk program yang berjalan secara serentak di institusi penjara terpilih seluruh Malaysia. Antara pengisian program ialah qiamullail yang dipimpin oleh Us Hasan Al Banna Bin Akmal Hisham dan Us Mohd Khalil Bin Abdullah, bersahur serta menunaikan solat Subuh berjemaah. Program diteruskan dengan mengikuti siaran langsung Program Singgah Sahur di Penjara Kluang melalui aplikasi google meet. Turut hadir dalam program ini ialah TKP Mohd Andri Bin Hj Md Ridzwan, Pengarah Penjara Kajang, PKK Preshahdin Bin Monshee, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, PKP Muhammad Kamal Bin Shamsuddin, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan & Pemasyarakatan Penjara Kajang, TPP Abu Kasim Ashaari Bin Razali, Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang. Seramai 30 orang banduan bersama dalam program ini.