Pada 25 April 2022 (Isnin), jam 06.00 petang telah diadakan Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penjara Seremban Bersama YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional).
Susun atur majlis tersebut dimulakan dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran yang dibaca oleh Ustaz Ahmad Kalilullah bin Hamdan, Penyampaian Sumbangan Pek Raya kepada kakitangan, Sumbangan Duit Raya kepada anak kakitangan, Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Solat Isyak dan Terawih Berjemaah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh KP Ajidin bin Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan IPPM, TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan / Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi IPPM, PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan Pengarah-Pengarah Institusi di Negeri Sembilan.