Pada 26 April 2022, jam 3.30 pagi, bertempat di Penjara Seremban telah diadakan Program Singgah Sahur peringkat Institusi yang mana ianya dijalankan secara serentak di Institusi – Institusi penjara Malaysia terpilih bagi melaksanakan Program Singgah Sahur Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Bersama Penghuni Tahfiz Jabatan Penjara Malaysia tahun 2022 / 1443 H.
Susun atur majlis dimulakan dengan Program Qiamullail, Jamuan Sahur, Solat Subuh Berjemaah serta Tazkirah Subuh. Program ini diadakan bagi memberi pengajaran serta pendedahan kepada penghuni untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di bulan yang mulia ini. Ianya juga dapat mengerakan silaturrahim sesama penghuni dan juga pihak Pengurusan Institusi. Para penghuni berpeluang menikmati fadhilat bersahur bersama–sama serta melaksanakan ibadah di bulan Ramadan ini.
Turut memeriahkan Program ialah PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban, TPP Mohd Hafiz bin Abd Latif, PPP Mohd Rani, PYM PRP Mantin, pegawai–pegawai kanan serta anggota. Seramai 40 orang telah menyertai program ini termasuk 23 orang banduan yang terpilih.
Program diakhiri dengan Ucapan YBhg. Dato' Ibrisam Bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) yang dipancarkan secara langsung di skrin layar.06:09 PM.