Pada 24 April 2022 (Ahad) bersamaan 22 Ramadhan 1443 H, Unit Pemulihan bersama Unit Agama telah menganjurkan Majlis Khatam Al-quran dan berbuka puasa Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 1443 H / 2022 yang diadakan di Surau Al-Munir melibatkan seramai 120 orang penghuni beragama Islam. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran PKP Ahmad Zulkarnain Bin Abdul Khalid,Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena. Aturcara majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran, bacaan Tahlil dan doa selamat serta penyampaian saguhati Tadarus Al-Quran.