| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1443H / 2022M

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1443H / 2022M telah diadakan pada hari Rabu, 20 April 2022 bertempat di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang bermula jam 5.30 petang. Antara pengisian program ialah majlis khatam Al-Quran yang dipimpin oleh SJN Muhammad Hafis Bin Mohamad Foizi, ucapan oleh Yang Dihormati PKK Preshahdin Bin Monshee, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, penyampaian sumbangan kepada banduan serta majlis berbuka puasa. Turut hadir sama di dalam program ini ialah PKP Muhammad Kamal Bin Shamsuddin, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan & Pemasyarakatan, Penjara Kajang, PP Fadzli Bin Mohamad Majidi, TPP Muhamad Faizol Bin Jaafar, TPP Hamdan Bin Matan dan KIP Mohd Shahril Bin Yahaya, Ketua Unit PPI. Seramai 100 orang banduan bersama dalam program ini.