| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Jamaie Perdana Peringkat Penjara Negeri Melaka

Pada 20 April 2022 (Rabu) bersamaan 18 Ramadan, bertempat di Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang telah diadakan Majlis Iftar Jamaie Perdana Peringkat Penjara Negeri Melaka yang dihadiri kira-kira 1000 orang tetamu. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YBrs TKJP Abd Kadir Bin Rais Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) bersama-sama TKP Roslan bin Hj Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Melaka), TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang), Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka dan kakitangan Penjara Negeri Melaka bersama keluarga. Selain itu, majlis turut menjemput agensi-agensi kerajaan dan swasta Negeri Melaka. Antara pengisian pada majlis tersebut ialah agihan sumbangan kepada golongan asnaf dan pemberian duit raya yang disampaikan oleh YBrs TKJP Abd Kadir Bin Rais. Antara NGO yang terlibat memberi sumbangan di majlis tersebut adalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Mc Donald (M) Sdn Bhd. Jenis sumbangan yang diterima adalah berupa wang tunai sebanyak RM 10,000.00 sebagai agihan duit raya, barangan keperluan harian dan juga makanan. Aturcara majlis diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah. Majlis berakhir pada jam 8.30 malam.