| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Bersama Penghuni Peringkat Penjara Tawau

21 April 2022 ( Khamis ) Bersamaan 19 Ramadhan 1443H - Majlis Iftar Ramadhan bersama Penghuni Peringkat Penjara Tawau telah diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Insaf Penjara Tawau.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran PKK Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Penjara Tawau, bersama PP Supian bin Kamarudin, Timbalan Pengarah Penjara Tawau dan TPP Shamsul Zuraimi bin Mat Shah, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan, Pegawai-Pegawai Kanan, Para AJK Pelaksana dan sejumlah kakitangan dari pelbagai lapisan turut mengimarahkan majlis tersebut.

Diantara pengisian di majlis itu ialah sesi Khatam Quran, Ceramah Agama bertajuk “Al Quran Syafaatmu Kami Harapkan” yang disampaikan oleh Al Fadhil Ust. Mohd Hasri bin Hj. Ali, Guru di SMK Kalabakan Tawau, Penyampaian Cenderahati Tadarus dan Cenderahati Penceramah.

Majlis ini diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah di Surau Al Hidayah. RAMADHAN KARIM