Pada 20 April 2022 (Rabu) telah diadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia anjuran Kelab Kebajikan Dan Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP) bertempat di Kantin Bukit Wira. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini merupakan aktiviti tahunan pada bulan Ramadan melibatkan warga kerja IPPM dan diagihkan kepada semua anggota dan kakitangan yang bertugas.