| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pengampunan Banduan Warga Asing Hukuman Lama Daripada Yang Di-Pertuan Agong XVI

Pada 24 Disember 2021 (Rabu), seramai 27 orang (26 lelaki dan 1 perempuan) banduan warga asing hukuman lama telah mendapat pengampunan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almahum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Hari Keputeraan Baginda. Keputusan untuk pengampunan telah diputuskan dalam Persidangan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke 58.

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan selaku sekretariat dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang telah bekerjasama dari proses penyediaan dokumen hingga banduan dibebaskan. Kesemua banduan warga asing ini dikumpul dan ditempatkan di Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang bagi memudahkan proses pengusiran dan penghantaran pulang.

Banduan warga asing yang terlibat terdiri dari 10 negara:

BIL NEGARA

BILANGAN BANDUAN WARGA ASING YANG
MENDAPAT PENGAMPUNAN (ORANG)

1 Republik Indonesia 7
2 Myanmar 3
3 Pakistan 3
4 Bangladesh 3
5 Republik Iran 3
6 Republik India 2
7 Filipina 2
8 Nigeria 2
9 Uzbekistan 1 (P)
10 Vietnam 1
JUMLAH 27

Pihak kedutaan dan ahli keluarga banduan negara yang terlibat telah menzahirkan rasa penghargaan dan menyambut baik program seumpama ini. Penghantaran pulang banduan warga asing ke negara asal untuk pertama kali nya telah dilaksanakan pada 19 Mac 2022 (Sabtu) iaitu dari negara Republik Iran.