Pada 14 April 2022 (Khamis), Pengarah Penjara Penor bersama-sama kakitangan dan ahli keluarga telah menyambut iftar bertempat di Masjid Al-Mustaqim, Penjara Penor.
Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut disertai Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan bin Sharif, Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Inderapura, Kuantan Pahang. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Hormat Dato’ Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Bentong, Yang Menjalankan Tugas Pengarah Penjara Negeri Pahang.
Sebelum tibanya waktu berbuka, majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas daripada Ustaz Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman, penceramah dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Seusai iftar bersama-sama, semua para tetamu menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.