| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Dan Sanjungan Budi Pegawai-Pegawai Kanan Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah

20 April 2022 (Rabu) – Jawatankuasa Tabung Pegawai Kanan Penjara Sungai Petani telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk Pegawai-Pegawai Kanan Institusi Penjara Sungai Petani bersekali dengan Majlis Sanjungan Budi untuk meraikan 5 orang kakitangan di institusi ini iaitu KIP (B) Alias bin Ali yang telah bersara wajib, IP Mohamad Aliff bin Mansor yang telah berpindah ke Akademi Koreksional Malaysia, Ustaz Rosmizal bin Abdullah yang telah berpindah ke Penjara Alor Setar, SM Mohd Arif bin Said dan SM Ishak bin Abdullah yang akan bersara wajib. Majlis diadakan di The Jerai Hotel, Sungai Petani dalam suasana yang meriah berkonsepkan buffet.

Majlis dimulakan dengan sesi ucapan oleh wakil pesara KIP (B) Alias bin Ali dan diikuti dengan ucapan oleh Ustaz Rosmizal bin Abdullah selaku wakil kakitangan yang berpindah institusi. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati sumbangan daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Sungai Petani, PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Petani, Tabung Pegawai Kanan Penjara Sungai Petani dan Surau Kakitangan Penjara Sungai Petani oleh PKP Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Sungai Petani.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran 59 orang terdiri daripada Pihak Pengurusan Institusi, Pegawai-Pegawai Kanan beruniform, guru-guru Sekolah Integriti Sungai Petani, dan Pegawai-Pegawai Kanan Awam.