| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Serta Penyampaian Mock Cheque Zakat Banduan Penjara Simpang Renggam Johor 2022

SIMPANG RENGGAM, 20 APRIL – Bertempat di Surau Al-Hijr, Penjara Simpang Renggam telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Simpang Renggam. Majlis yang bermula pada jam 06.00 petang itu disertai oleh Pengarah Penjara Simpang Renggam, TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKP Hasrul Anwar Bin Hasim, dan PP Mohd Rehan Bin Hj Khamis. Turut serta pada majlis ini seramai 45 orang penghuni meliputi 10 orang banduan, 10 orang Tahanan LLPK, 10 orang Tahanan POCA dan 15 orang Reman Wanita dimana mereka juga terlibat dengan Program Tadarus Al-Quran sepanjang Bulan Ramadhan pada kali ini. Program tahunan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk menghayati dan merasai pengisian bulan Ramadhan di samping memberi keinsafan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh para peserta tadarus yang terdiri daripada pelbagai kategori penghuni Penjara Simpang Renggam. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian Mock Cheque bayaran zakat banduan sebanyak RM1,379.00 dengan gimik penyerahan disempurnakan oleh TKP Tuan Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan kepada wakil Majlis Agama Islam Johor,Al-Fadil Ustaz Ahmad Syahmi Bin Ahmad Sabri sebelum penyampaian cenderahati kepada semua peserta tadarus. Majlis disusuli dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syahmi Bin Ahmad Sabri. Seusainya sesi tazkirah ringkas, para jemputan dan penghuni dibawa ke tempat yang ditetapkan untuk jamuan berbuka puasa sebelum solat Maghrib secara berjemaah. Majlis berakhir pada jam 08.00 Malam.