| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Tahun Baru Hindu 2022

Pada 16 April 2022 (Sabtu), Unit Program Pembangunan Insan (Lain-lain Agama) Penjara Kajang  telah mengadakan sembahyang khas sempena perayaan Tahun Baru Hindu Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2022 bersama Persatuan Malaysia Hindu Sangam yang melibatkan penyertaan seramai 210 banduan biasa. Program tersebut telah berlangsung di Dewan CD, Penjara Kajang. Antara pengisian program pada kali ini ialah persembahan nyanyian lagu-lagu suci bersama banduan dan ceramah dari wakil Malaysia Hindu Sangam, En Alagandran A/L Sevasamy. Program ini diserikan dengan kehadiran oleh PKP Anbalagan A/L Subramaniam, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja,Ketua Unit Lain-Lain Agama. Program ini berobjektifkan bahawa memberi semangat dan harapan agar menjadi manusia yang berguna apabila dibebaskan kelak.