19.04.2022 (Selasa) - Program Berbuka Puasa Banduan dan Kakitangan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak (JAKIM) bertempat di Surau Al-Hijrah, Penjara Pusat Sibu
Penjara Pusat Sibu telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Banduan dan Kakitangan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak (JAKIM) yang bertemakan “Menyantuni Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera”.
Program tersebut melibatkan seramai 11 wakil jemputan dari JAKIM, 20 Pegawai / Anggota, 21 Banduan Lelaki dan 10 Banduanita yang hadir pada program tersebut. Sebanyak 580 pek bungkusan juadah berbuka puasa telah disumbangkan oleh pihak JAKIM untuk kakitangan bertugas serta banduan.
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu PKP Hamad bin Seman dan turut memberi ucapan aluan adalah Pengarah JAKIM Negeri Sarawak Ustaz Hamdan Bin Jar'ee. Program disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib & Tazkirah Nuzul Al-Quran, Solat Isyak Berjemaah, Solat Sunat Tarawih & Witir serta Penyampaian Cenderahati.
Program seperti ini dapat memupuk rasa kasih sayang kepada penghuni supaya mereka tidak merasa jauh dari kelompok masyarakat selepas bebas nanti. Semoga program seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan diantara Jabatan Penjara Malaysia dengan JAKIM di masa akan datang.