| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Singgah Sahur Sahabat Amal Care Bersama Anggota Penjara Seremban

16 APRIL 2022 (Sabtu) - Penjara Seremban, Negeri Sembilan telah menerima kunjungan NGO Sahabat Amal Care dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Seremban bagi Program Singgah Sahur bersama anggota Penjara Seremban.

Program bermula seawal jam 1.00 pagi tersebut melibatkan 20 kakitangan Sahabat Amal Care dan 5 orang wakil daripada JAINS Seremban serta kakitangan penjara yang bertugas. Sebanyak 150 pek juadah sahur, 100 pek kurma dan 130 pek kuih raya telah disumbangkan oleh Sahabat Amal Care untuk kakitangan bertugas dan banduan serta tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Jasni bin Ajam, Ketua Unit Dakwah JAINS Seremban.

Antara yang turut bersama di dalam program ini adalah Ustaz Sanusi bin Samsudin, Timbalan Pegawai Agama Islam Seremban yang disambut oleh PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban dan PP Zakaria bin Mat Jusoh Timbalan Pengarah Penjara Seremban.

Penjara Seremban sentiasa komited untuk memenuhi aspirasi "Memperkasa Komuniti Koreksional" serta mengalu-alukan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu untuk memantapkan pemulihan di penjara.