15 April 2022 (Jumaat) - Majlis Berbuka Puasa Warga Penjara Negeri Kelantan Bersama YBhg. Dato' Komisioner Jeneral Penjara berlangsung dengan meriah di Perkarangan Surau Ibnu Rabbah Penjara Pengkalan Chepa dengan kehadiran kira-kira 600 anggota dari Penjara Pengkalan Chepa, PPA Machang, PRP Kuala Krai, Penjara Satelit dan Anggota Parol termasuk keluarga.
Pada petang itu juga turut diadakan Majlis Penyerahan Zakat Fitrah Banduan Penjara Negeri Kelantan Kepada Pihak MAIK yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' KJP dengan Ketua Pegawai Zakat MAIK YBrs. Encik Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Kelantan YDH PKK Mat Bin Yaacob.
Seramai 1000 O/B dari Penjara Peng. Chepa, 500 O/B dari PPA Machang, 200 ODS dari PRP Kuala Krai dan 146 ODP/OBB berjaya menunaikan Rukun Islam ke-4 pada tahun ini dengan kutipan zakat sebanyak RM 12,992.00
Turut bersama pada majlis tersebut YDH KP Supri Bin Hashim Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Ketua-Ketua Institusi Negeri Kelantan serta jemputan dari Expoam dan Persiap Negeri Kelantan.