Pada 13 April 2022 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1443H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Negeri Sarawak dengan kerjasama Unit Agama, Penjara Limbang telah mengadakan Program Menyantuni Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera bersama Warga Penjara Limbang. Program ini khusus untuk menyantuni para penghuni di institusi ini sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Rombongan JAKIM Negeri Sarawak diketuai oleh Al-Fahdil Ustaz Haji Abdul Rahim Bin Othman, Penolong Pengarah Kanan Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) disambut oleh Yang Berbahagia Penguasa Penjara Choimmber Tain,Timbalan Pengarah Penjara Limbang bersama Timbalan Penguasa Penjara Azrul bin Yahya, Ketua Bahagian Pengurusan Penjara Limbang. Pengisian program adalah penyampaian ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Rahim Bin Othman bertajuk “Penghayatan Bulan Ramadhan”. Seterusnya bayaran zakat oleh penghuni, penyampaian cenderahati, majlis berbuka puasa dan solat berjemaah Fardu Maghrib.
Seramai 25 orang penghuni yang terlibat serta dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Penjara Limbang. Program ini dapat mengeratkan lagi kerjasama dan ukhuwah antara Penjara Limbang dengan agensi lain khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).