Pada 11 April 2022 (Isnin) telah diadakan Program Semarak Kasih Ramadhan “Wadah Jalinan Ukhwah” anjuran Politeknik Nilai dengan kerjasama Yayasan Maghfirah dan Jabatan Penerangan Daerah Seremban.
Program ini bertujuan untuk menyantuni penghuni-penghuni di Penjara Seremban dengan pengisian seperti Kuiz Kenegaraan, Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh PU Wan Najdi bin Wan Mohd Noh, Selawat Nabi, Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta Solat Tarawih.
Antara yang turut hadir bersama memeriahkan program adalah En. Muhammad Shuib bin Norudin, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Tuan Hj. Shahnon bin Mohamad, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dan En. Shuharzi Md Salleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Nilai serta PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban, selaku tuan rumah yang menyambut kehadiran tetamu.
Program ini adalah hasil dari pelaksanaan Developing a Rehabilitative Culture dimana masyarakat untuk terlibat sama dalam memberi sokongan untuk memulihkan banduan sekaligus melindungi masyarakat dalam menjadi future victim. Program ini juga adalah selaras dengan tema Sambutan Hari Penjara 2022 iaitu “Memperkasa Komuniti Koreksional”.